5 Tips Jangan Mudah Patah Semangat oleh Ares Dirhan (CEO Reszara)
Setiap masalah yang datang dalam diri kita mesti akan menyebabkan diri kita berasa lemah dan down seketika, bukan hanya seketika dan paling teruk boleh berlarutan sehingga berlama-lamanya. So, disini ares akan dalam 5 Tips untuk mengekalkan emosi dan semangat untuk tidak putus asa dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan dalam kehidupan sama ada dalam bisnes ataupun kehidupan harian ~
1) Abaikan Mulut Negatif Orang Lain
- Ini yang sering terjadi apabila kita mengikut sahaja apa orang sekeliling kita mengutuk dan merendahkan kita, jangan pernah ada rasa melayan kepada orang yang bersikap begitu kerana ianya akan memudaratkan diri kita kelak. Penyelesaiannya adalah ABAIKAN sahaja mulut apa yang orang kata kepada kita dan teruskan perjalanan dalam usaha yang ingin kita capaikan.
2) Yakin Kepada Diri Sendiri Supaya Boleh Lakukan
- Perkara yang penting dalam kehidupan kita juga adalah kita haruslah yakin terhadap diri sendiri, apabila kita ada yakin dalam diri. Kita takkan rasa was-was dan ada satu aura yang dipanggil semangat kental dalam diri akan menguasai kita dan Insha'Allah kita takkan mudah rasa jatuh.
3) Berzikir Kepada Yang MAHA ESA
- Ini merupakan satu teknik yang kena sentiasa terapkan dalam diri, kerana dengan berzikir kita akan sentiasa rapat dengan Allah SWT. Kerana apa sahaja kita lakukan dalam kehidupan kita adalah merupakan izin dari-NYA.
4) Cuba Dan Cuba Lagi Sehingga Berjaya !
- Apabila gagal dalam satu perkara, bukan bermakna kita akan gagal terus. Kita haruslah mencuba lagi sehingga berjaya walaupun 1000 kali sekalipun. Kerana kejayaan bukanlah datang dalam sekali percubaan, sebab kejayaan akan datang dalam berkali2 selepas kegagalan. So, jangan mudah putus asa!
5) Ringankan Senyuman Dan Berfikirlah Positif
- Kunci seorang yang tak mudah patah semangat adalah hapuskan kesedihan semangat yang jatuh dengan melantunkan senyuman terhadap orang lain dan berfikirlah secara positif dalam apa sahaja cabaran yang kita lakukan. Insha'Allah semuanya akan dipermudahkan urusan.
** Cabaran yang datang dalam hidup kita janganlah mudah menyerah putus asa sebab orang yang berjaya dalam hidupnya bukanlah orang yang sekali gagal terus menyerah. Mereka akan berkali-kali mencuba untuk bangkit dan teruskan perjalanan menentang cabaran hidup masing-masing. So, KUATKAN USAHA KUATKAN SEMANGAT!! Insha'Allah kita akan bertemu dengan kejayaan.
- Reszara
Comments
Post a Comment