Kisah Benar Yang di Adaptasi Menjadi Filem Animasi Shrek



Jika anda ingin tahu, disebalik watak hijau bertubuh raksasa Shrek, dipercayai diadaptasi daripada watak seorang rakyat Rusia berketurunan Perancis bernama Maurice Tillet.

                    
Maurice yang menghidap sejenis penyakit misteri menjadikannya berwajah raksasa dan bertubuh gergasi.Ketika dilahirkan pada tahun 1903, dia adalah seorang bayi yang comel dan cukup sempurna. Namun begitu, ketika usianya mencecah 17 tahun, segala-galanya telah berubah. Maurice mula perasan dengan perubahan fizikalnya yang mula membengkak pada kaki, tangan dan wajahnya.

Maurice disahkan oleh doktor menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu penyakit Acromegaly. Penyakit itu menyebabkan tulang Maurice membesar tanpa kawalan. Akibatnya, Maurice terpaksa melupakan cita-cita untuk menjadi seorang peguam dan bekerja sebagai jurutera di French Navy.

Namun, akibat malu dengan keadaan dirinya sebegitu, Maurice berhijrah ke Amerika Syarikat dan akhirnya beliau telah berjaya mencipta nama sebagai ahli gusti terkenal dengan gelaran "The French Angel" dan "Freak Ogre of The Ring". Walaupun beliau menghidap penyakit Acromegaly, Maurice akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung pada usianya mencapai 51 tahun.


Walaupun wajah Maurice seakan-akan Shrek, namun tiada kenyataan rasmi bahawa watak Shrek diadaptasi daripada kisah hidup Maurice. Perkara itu juga tidak pernah diakui oleh penerbit filem Shrek tersebut.





Oleh -  Ares Dirhan




Comments

Popular posts from this blog

Kisah Benar Tentang Tragedi Di Sebalik Anime Crayon Shin Chan

7 Permainan LEGEND 90'an Pengimbau Kenangan - Ares Dirhan