7 Permainan LEGEND 90'an Pengimbau Kenangan - Ares Dirhan

Sesiapa yang lahir tahun 90an , boleh dikatakan semua yang lahir ditahun tersebut pernah bermain permainan tradisional dimana belum wujudnya gadjet ketika itu. Disini ares akan imbaskan kembali beberapa permainan popular yang pernah dilakukan oleh budak2 90an ketika itu.


1- Main Kejar-Kejar
~ Sebuah permainan yang dikatakan cukup LEGEND dan SIMPLE kerana hanya menggunakan beberapa orang sahaja dah boleh mainkannya. 




2- Penutup Botol
~ Permainan yang memerlukan skill yang power untuk bermain, selalunya dimainkan secara lawan 2 orang lihat siapa lebih hebat. LEGEND!


3- Lompat Gelang Getah
~ Dimainkan oleh budak2 perempuan time rehat di sekolah. Sampai ada gelang getah kena rampas dengan pengawas. Budak2 lelaki jarang main permainan ni.



4- Gasing
~ Sesiapa yang dapat takuk gasing lepastu lilit letak dan naikkan atas tangan dikira paling LEGEND. Sekiranya dah lama tak main, kemahirannya akan hilang dengan kenangan sekali.



5- Ting Ting
~ Permainan yang selalunya didominasi oleh budak2 perempuan ketika sekolah diwaktu rehat. LEGEND juga.




6- Batu Seremban
~ Permainan yang selalunya dimainakan hingga berjam-jam bagi setiap pemain pakar yang membuatkan pemain lain hingga bosan menunggu. hehe..





7- Congkak 
~ Permainan yang paling LEGEND setakat ini adalah congkak dimana permainan ini pernah dimainkan dan dipertontonlan sehingga ke peringkat antarabangsa. Congkak ini pun juga telah dibuat aplikasi didalam playstore dan appstore dan dimainkan secara digital. 

Sebenarnya berpuluh2 lagi permainan tradisional yang ada macam, tapi apa yang ares listkan ni adalah yang paling famous dan ares sendiri mainkan zaman sekolah rendah dulu. hehe.. Apa-apa pun permainan tradisional ini janganlah kita abaikan, kelak akan luput dimakan zaman. Bermainlah sekali sekala ;) Sekian , Terima Kasih Si Daun Keladi, Ada Rezeki Jumpa Lagi ~ 

- Reszara





Comments

Popular posts from this blog

Kisah Benar Yang di Adaptasi Menjadi Filem Animasi Shrek

Kisah Benar Tentang Tragedi Di Sebalik Anime Crayon Shin Chan