Kisah Benar Tentang Tragedi Di Sebalik Anime Crayon Shin Chan



Shinosuke Nohara atau lebih dikenali sebagai shin chan merupakan salah satu dari ribuan animasi yang berasal dari negara Jepun. Sebuah animasi santai idea Yoshito Usui yang mempamerkan kehidupan sebuah keluarga Nohara yang menetap di Saitama, Jepun.

Shin Chan merupakan seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun yang mempunyai sifat yang nakal seringkali mencuit hati dengan telatahnya yang petah bercakap dan suka menggatal mengakibatkan ramai yang suka melayan tetalahnya. Bermula dengan manga akhirnya animasi ini telah diterbitkan di TV Asahi sebagai anime.




KISAH BENAR KEMATIAN SHIN CHAN DAN HIMAWARI

Kisah didengari dari negara Jepun tentang masyarakat bandar yang memiliki banyak cerita yang sangat menyentuh hati.

Crayon shin chan merupakan kisah benar yang berlaku kepada keluarga nohara di bandar kasukabe. Salah satu kisah yang terkenal di Jepun tentang seorang ibu yang kehilangan dua anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu itu ialah Misae. Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.

Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian datangnya kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu.  Melihat kejadian yang berlaku di mana adiknya berada dalam bahaya, Shin Chan berusaha untuk selamatkan adiknya. Tanpa diduga Shin Chan turut terkorban dalam kemalangan itu.

Misae sangat terkejut dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi satu kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.

Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini.  Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah bersumberkan cerita kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.

Di khabarkan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama Crayon Shin Chan. Selain itu, masyarakat Jepun menganggap ini merupakan kisah benar untuk dijadikan pedoman.


ADAKAH IANYA HANYALAH MITOS ? 

Kisah yang kurang jelas kesahihannya ini sungguh mengundang misteri. Apalagi dengan kematian pelukis manga Yoshito Usui pelukis manga Crayon Shin Chan pada 11 September 2009 di Gunung Arafune. Kematiannya juga masih menjadi tanda tanya kerana adakah dia terjatuh ketika 'hiking' atau memang berniat membunuh diri.

Bagi merungkai kisah kebenaran wujudnya shinnosuke nohara yang sebenar, pelukis asal, mendiang Yoshito Usui mempunyai buktinya, namun sumber tersebut sudah terkubur bersama mayat Yoshito Usui.

Yoshito Usui merupakan Pelukis Crayon Shn Chan

Sejauh mana kebenaran kisah ini masih lagi belum sahih kebenarannya. Dan ianya masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.. 


- Reszara









Comments

Popular posts from this blog

Kisah Benar Yang di Adaptasi Menjadi Filem Animasi Shrek

7 Permainan LEGEND 90'an Pengimbau Kenangan - Ares Dirhan