5 CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA BERSAMA OLEH ARES DIRHAN
Tidak dinafikan bahawa bercinta adalah perkara yang membahagiakan hati seseorang dengan adanya peneman sebagai rujukan untuk berkongsi pelbagai masalah bersama. Disini Ares akan memberikan 10 tips atau cara untuk mengekalkan hubungan dekat ataupun jauh.
1- Mengetahui Peranan Masing-masing
~ Peranan ini adalah penting bagi setiap insan, bukan sahaja yang bercinta tetapi semua insan dimuka bumi ini WAJIB tahu peranan diri. Seperti dalam bercinta, tidak kiralah anda lelaki mahupun perempuan apabila sama2 bercinta, kita kena tahu kenapa kita bercinta dengan pasangan kita? dan mestilah kita nak akhirinya dengan diijabkabulkan. Tanpa peranan, tak guna nak bercinta. Buang masa dan duit je nanti.
2- Buang Sikap Ego Masing-Masing
~ Perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh pasangan yang bercinta adalah sikap EGO yang tinggi. Semua nak betul, kalau boleh ketika bercinta tu, dia saja yang nak betul dan tak boleh salah. Apabila diri tu dah memang salah, tetap backupkan diri juga. Itu adalah satu masalah yang akan membuatkan pasangan "BREAK UP". So, if ada buat salah, sama2 bincang baik2. Insha'Allah akan elok2 saja kelak ;)
3- Jangan Terlalu Mengongkong Pasangan
~ Sekiranya kita mengongkong secara berlebihan pasangan kita, pasangan akan menjadi cepat rimas dan bosan. Apa perlu buat adalah biarkan pasangan kita "BEBAS" , bukan maksudnya bebas buat apa sahaja,tetapi bebas dari segi kehidupan. Asalkan berikan kepercayaan terhadapnya, beriakn nasihat supaya tahu peranan dia sebagai pasangan.
4- Buat Aktiviti Luar Bersama
~ Selain memupukkan lagi rasa kasih dan sayang terhadap pasangan, kita bolehlah ajak pasangan kita buat aktiviti luar , beriadah ataupun bersukan walaupun sikit. Contoh ada masa set time, ajak pasangan masing2 untuk pergi ke Bukit Cherakah untuk berjoging dan melepaskan segala masalah yang ada dan masukkan aura positif kedalam diri.
5- Sentiasa Gembirakan Hati Pasangan
~ Ini juga dikira yang paling penting dalam hubungan, iaitu memberikan kebahagiaan terhadap pasangan dengan cara menggembirakan hati pasangan melalui gurau senda (jaga batas) , buat lawak walaupun diri tak lawak, dan sentiasa ambil hati dengan penuhkan borak sentiasa. Insha'Allah pasangan akan lebih berasa percaya terhadap kita.
Sebenarnya banyak cara nak kekalkan hubungan, tapi Ares bagikan 5 tips yang pernah ares gunakan. Apa2 pun cara yang kita lakukan, kenalah ingat. Kita hanyalah merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Sentiasalah redha dengan setiap ujian dan cabaran yang kita hadapi.
- Reszara
Comments
Post a Comment