Posts

Showing posts from July, 2018

Kisah Benar Yang di Adaptasi Menjadi Filem Animasi Shrek

Image
Jika anda ingin tahu, disebalik watak hijau bertubuh raksasa  Shrek , dipercayai diadaptasi daripada watak seorang rakyat Rusia berketurunan Perancis bernama Maurice Tillet.                      Maurice yang menghidap sejenis penyakit misteri menjadikannya berwajah raksasa dan bertubuh gergasi. Ketika dilahirkan pada tahun 1903, dia adalah seorang bayi yang comel dan cukup sempurna. Namun begitu, ketika usianya mencecah 17 tahun, segala-galanya telah berubah. Maurice mula perasan dengan perubahan fizikalnya yang mula membengkak pada kaki, tangan dan wajahnya. Maurice disahkan oleh doktor menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu penyakit  Acromegaly . Penyakit itu menyebabkan tulang Maurice membesar tanpa kawalan.  Akibatnya, Maurice terpaksa melupakan cita-cita untuk menjadi seorang peguam dan bekerja sebagai jurutera di French Navy. Namun, akibat malu dengan keadaan dirinya sebegitu, Maurice berhijrah ke Amerika Syarikat dan akhirnya beliau telah berjaya mencipta nama sebaga

7 Permainan LEGEND 90'an Pengimbau Kenangan - Ares Dirhan

Image
Sesiapa yang lahir tahun 90an , boleh dikatakan semua yang lahir ditahun tersebut pernah bermain permainan tradisional dimana belum wujudnya gadjet ketika itu. Disini ares akan imbaskan kembali beberapa permainan popular yang pernah dilakukan oleh budak2 90an ketika itu. 1- Main Kejar-Kejar ~ Sebuah permainan yang dikatakan cukup LEGEND dan SIMPLE kerana hanya menggunakan beberapa orang sahaja dah boleh mainkannya.  2- Penutup Botol ~ Permainan yang memerlukan skill yang power untuk bermain, selalunya dimainkan secara lawan 2 orang lihat siapa lebih hebat. LEGEND! 3- Lompat Gelang Getah ~ Dimainkan oleh budak2 perempuan time rehat di sekolah. Sampai ada gelang getah kena rampas dengan pengawas. Budak2 lelaki jarang main permainan ni. 4- Gasing ~ Sesiapa yang dapat takuk gasing lepastu lilit letak dan naikkan atas tangan dikira paling LEGEND. Sekiranya dah lama tak main, kemahirannya akan hilang dengan kenangan sekali. 5- Ting Ting ~ Permainan yang sela

5 CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA BERSAMA OLEH ARES DIRHAN

Image
Tidak dinafikan bahawa bercinta adalah perkara yang membahagiakan hati seseorang dengan adanya peneman sebagai rujukan untuk berkongsi pelbagai masalah bersama. Disini A res akan memberikan 10 tips atau cara untuk mengekalkan hubungan dekat ataupun jauh. 1-   Mengetahui Peranan Masing-masing  ~ Peranan ini adalah penting bagi setiap insan, bukan sahaja yang bercinta tetapi semua insan dimuka bumi ini WAJIB tahu peranan diri. Seperti dalam bercinta, tidak kiralah anda lelaki mahupun perempuan apabila sama2 bercinta, kita kena tahu kenapa kita bercinta dengan pasangan kita? dan mestilah kita nak akhirinya dengan diijabkabulkan. Tanpa peranan, tak guna nak bercinta. Buang masa dan duit je nanti. 2- Buang Sikap Ego Masing-Masing ~ Perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh pasangan yang bercinta adalah sikap EGO yang tinggi. Semua nak  betul, kalau boleh ketika bercinta tu, dia saja yang nak betul dan tak boleh salah. Apabila diri tu dah memang salah, tetap backupkan di

5 Tips Jangan Mudah Patah Semangat oleh Ares Dirhan (CEO Reszara)

Image
Setiap masalah yang datang dalam diri kita mesti akan menyebabkan diri kita berasa lemah dan down seketika, bukan hanya seketika dan paling teruk boleh berlarutan sehingga berlama-lamanya. So, disini ares akan dalam 5 Tips untuk mengekalkan emosi dan semangat untuk tidak putus asa dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan dalam kehidupan sama ada dalam bisnes ataupun kehidupan harian ~ 1) Abaikan Mulut Negatif Orang Lain  - Ini yang sering terjadi apabila kita mengikut sahaja apa orang sekeliling kita mengutuk dan merendahkan kita, jangan pernah ada rasa melayan kepada orang yang bersikap begitu kerana ianya akan memudaratkan diri kita kelak. Penyelesaiannya adalah ABAIKAN sahaja mulut apa yang orang kata kepada kita dan teruskan perjalanan dalam usaha yang ingin kita capaikan. 2) Yakin Kepada Diri Sendiri Supaya Boleh Lakukan - Perkara yang penting dalam kehidupan kita juga adalah kita haruslah yakin terhadap diri sendiri, apabila kita ada yakin dalam diri. Kita tak