7 Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah
TIPS BAGAIMANA UNTUK BERHENTI MEROKOK SECARA MENGEJUT !
Mesti anda berasa tension apabila nak berhenti merokok saja mesti tak boleh.
Jangan risau, Saya akan bagitahu Tips yang amat berkesan untuk anda berhenti merokok menggunakan cara saya. Seperti Saya pun sebenarnya dulu kuat juga menghisap rokok. Tapi saya tekad untuk berhenti sendiri tanpa ada bantuan dari mana-mana atau sesiapa.
Disini saya akan memberitahu 7 cara-cara yang berkesan untuk berhenti merokok :-
- Jika Anda membeli sekotak rokok yang mempunyai 20 batang didalamnya. Anda perlu fikir yang itu adalah 20 batang rokok yang terakhir akan anda hisap.
- Anda perlu setkan minda Anda untuk berhenti merokok pada keesokkan harinya. So, apa yang anda perlu lakukan adalah Anda paksakan diri anda untuk habiskan 20 batang rokok pada hari itu juga. Jika Anda membelinya pada pagi, Anda kena habiskannya sebelum masuk tidur.
- Jika ada lebih kurang separuh sahaja rokok, Anda habiskan juga. Pastikan batang rokok yang terakhir itu Anda hisap sebelum tidur. Kerana itu adalah rokok yang terakhir akan Anda pegang dan sedut.
- Dengan rokok yang terakhir itu, Anda sedut sahaja seboleh mampu bagi Anda rasa benar-benar puas. Setelah habis sahaja rokok, Anda disarankan untuk meminum segelas air suam dan menggosok gigi sebelum tidur.
- Selepas itu, Anda kumpulkan segala kotak rokok, putungnya dan pemetik api yang sering Anda gunakan didalam sebuah plastik sampah untuk dibuang terus pada malam itu.
- Setelah selesai semuanya, Anda menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya sebanyak 3 kali dan ingatkan kepada diri yang Anda akan berhenti merokok pada esok harinya. Lalu, terus masuk tidur.
- Pada keesokkan harinya Anda bangun. Anda perlulah melakukan sedikit senaman dan abaikan apa yang anda lakukan semalam, jangan fikirkan rokok. Anda boleh juga membeli gula-gula hacks untuk menggantikan rokok. Memang untuk hari pertama berhenti agak sukar dan nafsu tu masih kuat, namun Anda biarkan sahaja dan jangan diikutkan hati sangat. InsyaAllah dalam 3 hari keatas Anda akan berjaya dan biasakan diri tanpa rokok.
Begitulah 7 cara-cara yang mungkin berkesan untuk Anda lakukan. Saya sudah mencubanya sendiri, dan hasilnya Saya dapat berhenti merokok setelah sekian lama menghisapnya. Kini, paru-paru saya juga telah menjadi pulih seperti sediakala. Jarang batuk dan semput. InsyaAllah Anda juga boleh lakukan.
Mungkin dengan cara yang telah saya praktikkan ini dapat membantu Anda untuk berhenti merokok secara mengejut. Memang nampak payah, tapi hanya kuatkan SEMANGAT dan KEYAKINAN DIRI masing-masing. InsyaAllah, Anda pasti berjaya! Terima Kasih.
Penulis -
Aress Dirhan
(CEO RESZARA)
(CEO RESZARA)
IG - aresdirhan
FB - Ares Dirhan
Comments
Post a Comment