9 Kata Untuk Kau Bernama Wanita Oleh Ares Dirhan (CEO Reszara)



9 KATA UNTUK KAU BERNAMA WANITA


  1. Bagi Aku , Wanita memang seorang yang lemah. Aku mengerti Kau senang terkecewa, jika dalam percintaan, memang bukan senang untuk menjaga hubungan, masing-masing ada keegoan sendiri. Maka, sabar dan tenanglah dalam menghadapi segala yang Kau lalui. 
  • Tidak perlulah ada sifat hipokrit dalam diri. Cukuplah ada kejujuran dalam diri masing-masing. Jika Kau bercinta , salah seorang mesti kena ada yang mengalah, jika tidak. Kemungkinan Kau akan dalam dilema.
  1. Memang benar wanita umpama Bunga. Bila bunga itu mekar, ianya seperti wanita sentiasa bahagia dan tersenyum. Dan apabila bunga itu layu, seperti juga wanita yang lesu. Lesu dengan kegagalan dan kesilapan dalam hidup apatah lagi dalam hubungan. Maka, kajilah diri sendiri dan sentiasa mengambil berat tentang apa yang Kau inginkan dalam hidup ini serta hubungan Kau bersama si Dia. 
  2. Jangan terlalu memikirkan perkara yang negatif sangat. Mean "Over Thinking". memang selalu sangat wanita menjawab "dont judge a book by a discover". Tapi Kau kena faham jika lelaki yang dah sejujur habis dengan Kau dan Dia ingin memberikan nasihat. Kau dengarlah dengan teliti dahulu, jangan ikutkan sangat keras kepala tidak mahu dengar cakap. Katalah dekat lelaki mana sekalipun. Takkan ada lelaki yang sanggup terima wanita yang tidak menerima nasihat dan overthinking ni. 
  3. Dalam cinta, sentiasalah menjadi penyokong yang setia untuk di Dia. Tak kesahlah apa pun hobi yang Kau minat, asalkannya bukanlah hobi yang negatif. Kau kongsilah dengan Dia, agar kau dapat rasa betapa seronoknya jika Kau ada seseorang yang sentiasa sokong Kau dari belakang melainkan Ibubapa, adik beradik mahupun rakan Kau. Dia adalah seseorang yang mengagumi Kau.
  4. Apabila Kau sedih, Kau ingatlah Tuhan. Tuhan sentiasa ada dengan Kau. Jangan pernah rasa kehilangan. 
  5. Sentiasa positif dan janganlah cepat putus asa. Biarpun dugaan banyak yang Kau tempuh dalam hidup. Itu cabaran Kau. Kalau Kau sentiasa positif, Kau akan merasakan diri Kau sentiasa berasa tenang dalam apa cara sekalipun.
  6. Tenangkan hati dan jiwa dengan melakukan perkara yang bebas. Kalau Kau stress dengan pekerjaan mahupun hubungan cinta. Kau tak perlu memikirkan sangat, Kau buatlah apa yang Kau suka. Asalkan ianya bukan yang haram dan salah. Aku tahu, wanita perlukan keselesaan dan masa untuk menenangkan hati dan jiwa. Maka, buatlah apa yang Kau minat sebagai hobi pelepas tension.
  7. Dan yang terakhir, untuk Kau yang bernama Wanita. Sentiasalah bersyukur dan melihat dengan hati yang terbuka. Jika yang hadir dalam hidup Kau itu seseorang yang datang dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa dan Dia seorang yang penyabar dengan segala karenah Kau. Halalkanlah Dia untuk memasuki kehidupan Kau untuk bersama-sama menjalani susah payah hidup ini dan sama-sama belajar mengenali apa itu kehidupan sebenar. 

Terima Kasih Si Daun Keladi, Semoga Kita Berjumpa Lagi.

- Reszara



Comments

Popular posts from this blog

Kisah Benar Tentang Tragedi Di Sebalik Anime Crayon Shin Chan

Kisah Benar Yang di Adaptasi Menjadi Filem Animasi Shrek

7 Permainan LEGEND 90'an Pengimbau Kenangan - Ares Dirhan